Orang Berber Bukti arkeologi menunjukkan kemunculan puak Berber yang berciri tersendiri di Afrika Utara sekitar 2000 SM, manakala sumber sejarah dan inskripsi pertama kali menyebut tentang mereka sekitar abad ke-8 SM. Kebanyakan orang Berber awal terdiri daripada puak nomad rumpuk ternak, walaupun sekumpulan kecil mengamalkan pertanian kawasan tetap. Puak ini mempunyai hubungan rapat dengan Carthage dan koloni Yunani di Afrika Utara. Perkataan "Berber" itu sendiri berasal daripada istilah Yunani yang digunakan dalam kes ini untuk menerangkan penduduk tempatan Afrika Utara yang terletak di barat dari Mesir. Pada abad ke-3 dan ke-2 SM, beberapa kumpulan Libyo-Berber membentuk kerajaan klasik iaitu Numidia dan Mauritania. Kerajaan-kerajaan ini kemudiannya jatuh ke tangan orang Rom, yang meninggalkan warisan mengagumkan mereka sendiri di Afrika Utara. Namun, pada awal abad ke-5 M, orang Vandal telah menyerbu Afrika Utara Rom dan, bersekutu dengan orang Berber, telah menakluknya. Orang Byzantine melancarkan beberapa kempen terhadap Afrika Utara pada abad ke-6, mewujudkan kawalan kecil terhadap kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, penganiayaan mereka terhadap mazhab Kristian Arian dan Donatisme sepanjang abad yang seterusnya telah merenggangkan hubungan antara orang Berber dan pemerintah Byzantine mereka, membolehkan orang Arab Muslim menakluk Afrika Utara dengan mudah pada pertengahan abad ke-7. Orang Arab mengukuhkan penaklukan mereka di Afrika Utara dengan menubuhkan bandar-bandar baru (terutamanya Qayrawan di Tunisia), beransur-ansur menyebarkan Islam dan bersekutu dengan puak Berber tempatan. Pada tahun 711, sebuah tentera yang terdiri daripada orang Berber dan orang Arab di bawah Tariq ibn Ziyad dan Musa ibn Nusayr menyeberangi masuk Iberia, menewaskan Roderic si raja Visigoth di Pertempuran Guadalete, dan dengan cepat menundukkan wilayah itu. Tentera orang Berber zaman pertengahan terkenal kerana menggunakan pasukan berkuda dan pasukan unta yang berperisai ringan tetapi bergerak sepantas kilat, terutamanya Genitour, askar berkuda yang menggunakan tombak di atas kepala, mudah alih dan serba boleh, membuatkan mereka berbahaya terhadap pelbagai jenis askar. Kuda Berber terkenal kerana menakutkan kuda lain dengan personalitinya yang kasar, memberikan penunggang kuda Berber kelebihan dalam pertempuran. Walaupun terdapat beberapa gangguan seketika, empayar Berber Muslim zaman pertengahan di Afrika Utara dan Iberia telah makmur sebagai pusat budaya dan perdagangan sehinga berabad-abad lamanya. Terutamanya, warisan seni bina mereka sangat kaya kerana mereka mendirikan struktur yang mengagumkan seperti Alhambra di Granada, La Mezquita di Cordoba, Masjid Koutoubia di Marrakesh dan Menara Hassan di Rabat. Orang Berber banyak mendapat untung daripada komoditi, terutamanya emas, yang diperolehi melalui laluan perdagangan merentas Sahara yang menguntungkan dan merupakan pihak penting dalam ekonomi Mediterranean zaman pertengahan. Kekuatan maritim orang Berber sangat mengagumkan, dan armada mereka kekal berterusan sebagai entiti komersial dan ketenteraan yang kuat selama berabad-abad. Pada 909, kuasa baru telah bangkit untuk menguasai Afrika Utara: Khilafah Fatimiyyah (909-1171). Pemimpin Fatimiyyah, Ubaidillah, mendakwa dirinya sebagai Imam, Khalifah dan Mahdi (tokoh Al-Masih dalam Islam), memulakan kelaziman yang akan diikuti oleh beberapa tokoh politik yang seterusnya. Walau bagaimanapun, keterlaluan peluasan kuasa ke arah timur oleh kerajaan Fatimiyyah menyebabkan mereka hilang kuasa di Maghribi, dan kejatuhan kuasa pusat di Sepanyol Muslim telah membawa kepada pemecahannya kepada beberapa Taifa atau negara kota. Arabisasi Maghribi yang ketara dicapai melalui pencerobohan Hilali abad ke-11, yang sangat mempengaruhi pertanian dan perdagangan rantau tersebut juga. Kerajaan Al-Murabitun (1040-1147), yang mewakili peningkatan tahap tentera, politik, ekonomi dan organisasi keagamaan, telah bangkit dan menguasai Maghribi serta menyerbu Iberia, menakluki Taifa dan menghentikan kemaraan tentera kerajaan Sepanyol Kristian. Kerajaan Al-Muwahhidun (1121-1269) telah menggantikan Al-Murabitun dan menghancurkan orang Castile dengan teruk dalam Pertempuran Alarcos pada 1195, meluaskan pengaruh politik mereka dengan begitu jauh sekali. Di bawah Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun, dunia Muslim zaman pertengahan barat mencapai zaman kegemilangan politik dan budayanya. Kerajaan Kristian Sepanyol perlahan-lahan menakluki Iberia Muslim, proses yang mencapai puncaknya dengan kejatuhan Amiriah Granada Nasri kepada persekutuan Castile-Aragon pada 1942, dan orang turki Uthmaniyyah telah menakluki kebanyakan Maghrib pada abad ke-16, meninggalkan dinasti Sa'adi (1549-1654) di barat sebagai kerajaan sebelum Maghribi moden.