Orang Celt Orang Celt (disebut "kelt") ialah penduduk purba Eropah Utara dan pembina Stonehenge 5000 tahun yang lalu. Julius Caesar telah bertempur dengan mereka semasa baginda menakluk Gaul. Orang Rom akhirnya menawan hampir keseluruhan Britain dan juga Semenanjung Iberia daripada mereka. Pada akhir zaman Empayar Rom purba, orang Celt hanya menduduki sebahagian daripada barat laut Perancis, Ireland, Wales dan sebahagian daripada Scotland. Sepanjang Zaman Pertengahan, mereka mengukuhkan kekuasaan mereka ke atas Scotland dan membuat beberapa percubaan untuk menawan lebih banyak kawasan England. Orang Ireland masih dalam kumpulan-kumpulan kecil pada awal Zaman Pertengahan. Menjelang tahun 800, empat wilayah iaitu Leinster, Munster, Connaught dan Ulster telah bangkit untuk berkuasa di bawah "raja besar". Serangan orang Viking bermula pada tahun 795 dan kemudian petempatan Viking didirikan semasa pertengahan abad kesembilan. Petempatan yang paling penting terletak di Dublin. Brian Boru menjadi raja besar seluruh Ireland yang pertama di sekitar tahun 1000. Pada tahun 1014, orang Ireland menewaskan orang Denmark Dublin di Clontarf, walaupun Brian Boru terkorban. Puak orang Ireland yang dikenali sebagai Scotti telah menyerang kawasan yang kini selatan Scotland pada awal Zaman Pertengahan, membina petempatan secara tetap dan memberi namanya kepada wilayah tersebut. Mereka mengundurkan dan menyerap orang Pict asli yang menggangu orang Rom di selatan. Kerajaan Scotland mula terbentuk seperti masa sekarang ketika abad kesebelas tetapi ini telah menarik campur tangan Inggeris. Orang Scotland bertindak balas dengan "perikatan auld (lama)" dengan Perancis, yang menjadi asas diplomasi mereka selama beberapa abad. Edward I iaitu Raja England (Longshanks, atau "penukul orang Scotland") mengilhakkan Scotland pada tahun 1296. William Wallace (Braveheart) telah mengetuai pemberontakan Scotland, memenangi kemerdekaan sebenar semasa Pertempuran Jambatan Stirling pada tahun 1297. Ditewaskan pada tahun seterusnya di Falkirk, Wallace melancarkan perang gerila sehinggalah dia dikhianati, ditangkap dan dihukum mati pada tahun 1305. Robert Si Bruce mengisytiharkan dirinya sebagai raja Scotland selepas membunuh saingan utamanya. Baginda mengusir orang Inggeris, dan memenangi pertempuran Bannockburn pada tahun 1314. Raja England iaitu Edward III mengiktiraf kemerdekaan Scotland pada tahun 1328, tetapi perang antara orang Scotland dan Inggeris berterusan selama beberapa abad. Mahkota kerajaan kedua-dua negara tersebut bersatu pada tahun 1603, lama selepas Zaman Pertengahan berakhir. Tiada putera di Wales membuktikan diri mereka cukup kuat untuk menyatukan negara tersebut. Pada akhir abad ketiga belas, Edward I mengambil alih kerajaan Gwynedd, salah satu kerajaan kecil terkuat orang Wales. Baginda kemudian terus membina lima kastil besar di Wales, pada hakikatnya menempatkan negara tersebut di bawah pemerintahan Inggeris.