Kontrak Feudal Feudalisme ialah persetujuan antara dua orang bangsawan, seorang pembesar dan seorang abdi. Orang abdi berjanji sumpah setia (kesetiaan) kepada pembesar dan bersetuju untuk menjalankan tugas bagi pihaknya. Tugas yang paling penting biasanya ialah perkhidmatan ketenteraan (biasanya terhad kepada 40 hari setahun), menyediakan askar untuk tentera pembesar dan menyediakan pendapatan untuk pembesar. Pembesar bersetuju untuk melindungi abdi dengan tentera yang diperintahnya dan menyediakan sumber pendapatan kepada abdi. Abdi itu telah diberikan kawalan ke atas tanah feudal yang biasanya merupakan sebidang tanah besar, tetapi beliau juga boleh ditugaskan sebagai pemungut cukai, penghasil syiling, ejen kastam atau tanggungjawab lain yang menghasilkan pendapatan. Oleh itu, pembesar yang mempunyai ramai abdi akan memiliki sumber pendapatan yang stabil dan angkatan tentera. Kontrak feudal diikat seumur hidup. Seorang pembesar boleh mengambil balik tanah feudal jika abdi gagal dalam tugasnya. Ia lebih sukar bagi seorang abdi untuk meninggalkan pembesar. Pada awal Zaman Pertengahan tanah feudal tidak diwarisi, dan ini merupakan suatu kelebihan bagi seorang pembesar. Apabila pembesar memiliki lebih banyak tanah feudal yang boleh diberikan, para abdinya harus bekerja dengan lebih keras untuk memperoleh tanah tersebut. Dengan perkembangan Zaman Pertengahan, abdi mendapati peluang untuk membolehkan tanah feudal mereka diwariskan, oleh itu pembesar semakin kurang tanah feudal untuk diberi sebagai ganjaran. Hanya golongan bangsawan dan satria yang dibenarkan untuk mengangkat sumpah taat setia. Secara praktiknya kebanyakan bangsawan adalah kedua-duanya abdi dan pemerintah, berkedudukan antara raja dan satria pangkat terendah. Walau bagaimanapun, feudalisme tidak pernah begitu teratur. Abdi mungkin lebih kuat daripada pembesar. Para duke Normandy, yang mengawal hampir keseluruhan Perancis dan seluruh England, lebih berkuasa daripada raja Perancis yang menjadi pembesarnya. Abdi mungkin mempunyai beberapa pembesar, yang menyebabkan masalah apabila pembesar yang berbeza mahu abdinya menjalankan suatu tugas. Pembesar tinggi, atau ketua pembesar, biasanya diberi keutamaan. Golongan bangsawan juga mendapati bahawa jika mereka cukup kuat mereka boleh mengabaikan peraturan feudalisme dan menyerang jiran untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Peperangan peribadi sedemikian sering berlaku sepanjang lewat Zaman Pertengahan