Senjata Zaman Pertengahan Pada hampir keseluruhan Zaman Pertengahan, teknologi senjata tidak banyak berubah daripada dunia purba, mengekalkan terutamanya pelbagai jenis belantan, pisau, lembing, kapak dan anak panah. Salah satu pembaharuan penting ialah askar berkuda berat yang menggunakan tombak. Satria berkuda adalah jauh lebih hebat daripada sebarang askar berkuda dunia purba. Askar purba setara yang terdekat mungkin ialah askar berkuda Hetairoi milik Alexander yang Agung. Menjelang abad kesepuluh, Eropah telah mengatasi orang purba dalam kebanyakan bidang, termasuk persenjataan. Evolusi askar berkuda berat mencetuskan pembaharuan yang sepadan untuk mempertahankan diri daripada askar berkuda berat itu sendiri. Hal ini menyebabkan kemunculan jenis tombak yang baharu untuk menangkis atau berlawan dengan satria. Busur panjang dan busur silang merupakan pembaharuan di Barat. Namun, busur silang pernah digunakan oleh orang China purba. Teknologi revolusioner Zaman Pertengahan ialah pembangunan senjata serbuk letupan, iaitu meriam dan senjata tangan, yang dibincangkan kemudian.